Pages

Wednesday, March 20, 2013

Defunct tapi aktif ?!

Hehehe.. lama dah tak menulis di blog ni. Saye sebenarnya bercadang nak tutup je blog ni memandangkan saye dah bukak blog baru di www.madamsupplement.blogspot.com. Masalahnya, saye dapati blog SrikandiBaru ni jauh lebih popular daripada blog MadamSupplement tu. Bukan sebab SrikandiBaru lebih lama bertapak, no no no! Tapi, ni semua gara-gara testimonial saye tentang Alfalfa Complex Shaklee (boleh baca di sini juga).

Hahaha.. maka terbuktilah. Bukan sahaja Alfalfa Shaklee memberi kesan menakjubkan kepada kesejahteraan tubuh, ia juga hebat untuk meningkatkan trafik ke blog saye!!!

Wowee! U'olls tak nak try ke? Alfalfa ni flexible... nak telan boleh, nak bancuh jadi teh herba pun boleh. Baunye haruuuum je (sengaja bukak laci berkali-kali just untuk ambik bau! hahaha). Satu botol ada 330 (S) atau 700 (L) biji. Confirm boleh tahan berbulan-bulan! Nak try kalau, sila rujuk di bawah ye :)


Sunday, November 18, 2012

Testimonial Shaklee Collagen Powder

Nak cantik? Nak kulit bersih & gebu?? .. hehehe.. mestilah nak kan? MS pun kepingin nak memperelokkan lagi kulit muka ni. Alhamdulillah la kan.. kulit Jawa ni kurang bermasalah jerawat. Tapi yang MS perasan, sejak umur makin meningkat ni makin banyak pulak jeragat (atau bahasa omputihnye freckles) yang datang bermastautin. Bukan saje kat muka, tapi jugak kat bahagian-bahagian lain tubuh. Mulanya MS takde la amek port sangat sebab bukanla isu yang besar sangat pun kan.. Encik Suami pun tak pernah komen jadi pasrah je la dengan kulit sedia ada. Tapi, setelah melihat gambar 'sebelum' dan 'selepas' sorang member ni, terus tergugat iman. Gambar yang mana? Alaa.... gambar yang ini la:


Haa... hebat kan hasilnya? Tu hasil penggunaan kolagen Shaklee setelah sebulan setengah je baru. Liang pori jelas mengecil, jeragat pun makin hilang. Member kata, kalau pakai mekap tipis pun pasti terserlah kemulusan kulitnya sekarang (tapi kalau mekap sampai hilang semua jeragat, ada pulak yang tak percaya kata MS dah photoshopkan gambar ni kot?) Hehehe... Tapi, memang bersih kan kulit dia ni?? Grrrr... geram jadinya! Btw, gambar tu tuan badan yang upload. Takde touch-up, takde mekap.. All natural! Lepas-lepas ni MS akan upload beberapa gambar testimonial yang lain pulak. Iyela.. ni gambar hasil/kesan pada orang muda. Kalau nak tengok kesan untuk golongan veteran, tungguuuuuu...!

MS sendiri baru hari ni order Shaklee Collagen Powder ni. Insyaallah minggu ni juga akan memulakan projek transformasi kulit muka! Apa?.. U'ols pun nak cantik sama? Ehh.. boleh, apa pulak tak boleh! Meh kita amalkan sama-sama... pastu boleh upload testimonial sendiri pulak :)



Kod Produk 11000 (15 paket)                 RM 298 (WM) / RM 312 (EM)

Cenggini la rupanya Shaklee Collagen Powder tu. Sekotak ada 15 paket, sehari minum sekali je. Ia mengandungi kolagen berkualiti tinggi dan tulen (dan semestinya Halal!). Selain daripada itu, ia juga mengandungi tujuh bahan utama seperti ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang turut memberikan faedah-faedah berikut:
  • Menyokong penghasilan kolagen untuk meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit
  • Mengecilkan liang-liang pori, kedutan dan garis-garis halus 
  • Kulit yang lebih putih dan licin
  • Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
  • Membantu menegang dan menganjalkan payudara 

Untuk tempahan dan maklumat tambahan, sila hubungi saya
idanina idris (ID 883664)
Shaklee independent distributor

idequenina@rocketmail.com

sms/whatsapp : 019-3649253

Monday, October 29, 2012

PINDAH BLOG

Assalamualaikum... setelah dipertimbangkan, saye dengan ini mengumumkan perpindahan ke alamat blog yang baru. Blog baru tu nanti akan diusahakan supaya lebih comel dan lebih terisi dengan maklumat kesihatan yang lebih relevan dan terkini (ewwahhhh!). Kalau sedare sedari berminat untuk mendapatkan maklumat dan juga barangan kesihatan/kecantikan/kebersihan Shaklee, sudi-sudikanlah menjenguk ke laman baru saye..

Sila klik gambar di bawah untuk ke laman 


Tuesday, July 31, 2012

Kurus tapi obese??

Haa... jangan terkejut dengan tajuk entry saye kali ini. Jangan terpedaya dengan susuk tubuh yang nampak langsing! Macam saye ni, tinggi okla kot dalam 161 cm. Berat pulak 58 kg. Kalau ikut BMI dalam 22++... masih dalam lingkungan ideal weight. TAPI.. setelah melalui ujian yang lebih terperinci, kandungan LEMAK dalam badan saye mencecah (malu nak cakap) 40%!!! Ni dah masuk kategori giler obese! Kalau tak ambil langkah pencegahan, silap² jadi santan ataupun butter saye ni!! Grr...

Nak salahkan siapa? Memangla dah ngandung/beranak empat kali. Umur pun dah makin lanjut. Kalau dulu tergedik² join kumpulan menari dll, sekarang ni dah makin mandom. Dulu pi mana² jalan kaki atau public transport. Sekarang berhantar/berjemput. Adehh.. camne nak tambah sihat kan? MAKA, perlu la membuat behavioural change. Makan tetap makan.. tapi saiz hidangan nasi tu dikurangkan. Di samping itu juga, saye mulakan pengambilan makanan tambahan untuk meningkatkan kesihatan badan (alhamdulillah, diperkenalkan kepada Shaklee). Langkah seterusnya, cuba pula untuk jadikan senaman sebagai salah satu gaya hidup. Prof kata tak perlu pun peralatan canggih-manggih mcm kat gym tu. Kerusi kat pejabat pun dah cukup sebagai prop! So, ok.. saye sahut seruan Prof!

Sebenarnya, Shaklee juga menawarkan produk penjagaan berat badan iaitu Cinch. Didatangkan dalam 3 perisa iaitu vanila, coklat dan cafe latte, ia merupakan makanan kesihatan yang sedapnya seumpama dessert! Yang pentingnya, ia dijana oleh leucine yang memastikan pembakaran lemak sambil memelihara otot sedia ada! Iyela.. kalau otot pun terbakar sama, rugi woooo!

Di samping itu juga, terdapat Lecithin yang turut membantu dalam pemecahan lemak serta menurunkan paras kolestrol dalam badan. Hmm... saye suami-isteri pun baru je semalam cuba produk lecithin ni. Insyaallah, hujung minggu nanti timbang untuk lihat hasilnya. Wish us luck!

Tuesday, July 24, 2012

Anda dan nutrisi

TAHUKAH ANDA?…
Kekurangan nutrisi meningkatkan risiko
  • Penuaan pramatang
  • Kelesuan
  • Penyakit dan jangkitan
  • Keguguran rambut
  • Osteoporosis
  • Kulit bermasalah
  • Dan banyak lagi...
Ada dua 'mazhab' berhubung keperluan pengambilan suplemen ni:
1) TAK PERLU ambil suplemen kerana nutrien yang diperlukan boleh diperolehi daripada makanan sehari-hari. Komen saya? Mungkin betul… KALAU kita mengamalkan cara pemakanan yang sihat di samping sumber makanan yang terjamin kualiti dan kesuciannya. Prof. saya semasa kursus Retreat Kesihatan baru-baru ni pun menekankan aspek pemakanan ni. TAPI, dia hanya makan daging ayam dan lembu kampung original (bukan ternak komersil ye kawan²) serta sayur/ulam yang ditanam sendiri. Amacam? Sanggup ke?? Kalau dah namanya hidup di pekan/bandar, mana nak sempat buat tu semua kan? Barang dapur pun beli kat supermarket je. Suci ke bahan makanan kita tu? Pasti ke tak ada pengaruh bahan kimia/antibiotik padanya? Atas sebab itu, muncul la pula mazhab kedua iaitu
2) PERLU ambil suplemen untuk melengkapkan keperluan nutrien yang tidak dipenuhi melalui pemakanan harian. Jangan keliru! Suplemen adalah makanan tambahan; bukan ubat mahupun pengganti makanan sebenar. Ia sebagai pelengkap untuk mencukupkan keperluan nutrien tubuh, okey?
Secara ringkasnya, kenapa anda perlu mengambil suplemen?
·         Kita sentiasa terdedah kepada pencemaran alam sekitar
·         Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
·       Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera/nafsu
·         Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien
·         Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
·         Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar
·       Kehilangan nutrien dlm makanan
Dari itu, muncul Shaklee untuk memenuhi keperluan nutrisi anda! Shaklee dengan segala keistimewaannya merupakan warisan selama 50 tahun dan terbukti keberkesanannya secara klinikal. Rasakan sendiri perbezaannya. Hubungi saya untuk maklumat lanjut berhubung produk mahupun promosi istimewa.

Antara set² yang available

idanina idris
Shaklee independent distributor
idequenina@rocketmail.com
sms : 019-3649253

Monday, July 16, 2012

ESP - Day 1

Heheh... petang semalam dah dapat my canister of ESP. Esp ni antara produk paling ngetop la kat Shaklee tu. In fact, baru dapat tau yang stok ESP kat branch Wangsa Maju dah kehabisan. Perghh... nasib baik sempat rembat satu!

Makanya, hari ni merupakan hari pertama saye try ESP. Hmm... boleh tahan rasanya. Harum pun harum. Macamana nak sediakan? Well, memandangkan saye minum as sahur, saye cuma bancuhkan satu sudu ESP + Meal Shake + Performance dengan susu UHT. Walaupun tanpa gula tambahan, rasanya lemak berkrim.. Patutla ramai sgt yang rekomen sebelum ni. Kalau nak disamakan la.. kalau korang penah minum Vitamilk, lebih kurang gitu la rasanya; gabungan susu + soya. memang sedap. I LOIKE!

Memandangkan baru je 4 jam berlalu, belum la nampak kesannya lagi kannn... Takpe, kita monitor progress nye nanti, ok? TTFN

Sunday, July 15, 2012

Out of stock :(

uhuk uhuk... performance drink out of stock :(  member yang tolong pick up item kat HQ Shaklee kata, minggu depan mungkin stok baru sampai. Oh well, kena la sabar sikit. Nasib baik stok kat rumah masih ada. Cuma, mama kena la tunggu untuk dapatkan stok dia ;)

sementara itu, sedikit lagi info tentang Shaklee PD ni (credit Shaklee website):

Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Dehidrasi merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


Nah, tunggu apa lagi? Rasakan sendiri minuman hidrasi ini terutamanya sebagai persediaan Ramadhan. Email saya di idequenina@rocketmail.com atau sms 019-3649253 untuk maklumat lanjut. TTFN!