Pages

Sunday, November 18, 2012

Testimonial Shaklee Collagen Powder

Nak cantik? Nak kulit bersih & gebu?? .. hehehe.. mestilah nak kan? MS pun kepingin nak memperelokkan lagi kulit muka ni. Alhamdulillah la kan.. kulit Jawa ni kurang bermasalah jerawat. Tapi yang MS perasan, sejak umur makin meningkat ni makin banyak pulak jeragat (atau bahasa omputihnye freckles) yang datang bermastautin. Bukan saje kat muka, tapi jugak kat bahagian-bahagian lain tubuh. Mulanya MS takde la amek port sangat sebab bukanla isu yang besar sangat pun kan.. Encik Suami pun tak pernah komen jadi pasrah je la dengan kulit sedia ada. Tapi, setelah melihat gambar 'sebelum' dan 'selepas' sorang member ni, terus tergugat iman. Gambar yang mana? Alaa.... gambar yang ini la:


Haa... hebat kan hasilnya? Tu hasil penggunaan kolagen Shaklee setelah sebulan setengah je baru. Liang pori jelas mengecil, jeragat pun makin hilang. Member kata, kalau pakai mekap tipis pun pasti terserlah kemulusan kulitnya sekarang (tapi kalau mekap sampai hilang semua jeragat, ada pulak yang tak percaya kata MS dah photoshopkan gambar ni kot?) Hehehe... Tapi, memang bersih kan kulit dia ni?? Grrrr... geram jadinya! Btw, gambar tu tuan badan yang upload. Takde touch-up, takde mekap.. All natural! Lepas-lepas ni MS akan upload beberapa gambar testimonial yang lain pulak. Iyela.. ni gambar hasil/kesan pada orang muda. Kalau nak tengok kesan untuk golongan veteran, tungguuuuuu...!

MS sendiri baru hari ni order Shaklee Collagen Powder ni. Insyaallah minggu ni juga akan memulakan projek transformasi kulit muka! Apa?.. U'ols pun nak cantik sama? Ehh.. boleh, apa pulak tak boleh! Meh kita amalkan sama-sama... pastu boleh upload testimonial sendiri pulak :)



Kod Produk 11000 (15 paket)                 RM 298 (WM) / RM 312 (EM)

Cenggini la rupanya Shaklee Collagen Powder tu. Sekotak ada 15 paket, sehari minum sekali je. Ia mengandungi kolagen berkualiti tinggi dan tulen (dan semestinya Halal!). Selain daripada itu, ia juga mengandungi tujuh bahan utama seperti ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang turut memberikan faedah-faedah berikut:
  • Menyokong penghasilan kolagen untuk meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit
  • Mengecilkan liang-liang pori, kedutan dan garis-garis halus 
  • Kulit yang lebih putih dan licin
  • Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
  • Membantu menegang dan menganjalkan payudara 

Untuk tempahan dan maklumat tambahan, sila hubungi saya
idanina idris (ID 883664)
Shaklee independent distributor

idequenina@rocketmail.com

sms/whatsapp : 019-3649253

Monday, October 29, 2012

PINDAH BLOG

Assalamualaikum... setelah dipertimbangkan, saye dengan ini mengumumkan perpindahan ke alamat blog yang baru. Blog baru tu nanti akan diusahakan supaya lebih comel dan lebih terisi dengan maklumat kesihatan yang lebih relevan dan terkini (ewwahhhh!). Kalau sedare sedari berminat untuk mendapatkan maklumat dan juga barangan kesihatan/kecantikan/kebersihan Shaklee, sudi-sudikanlah menjenguk ke laman baru saye..

Sila klik gambar di bawah untuk ke laman 


Tuesday, July 31, 2012

Kurus tapi obese??

Haa... jangan terkejut dengan tajuk entry saye kali ini. Jangan terpedaya dengan susuk tubuh yang nampak langsing! Macam saye ni, tinggi okla kot dalam 161 cm. Berat pulak 58 kg. Kalau ikut BMI dalam 22++... masih dalam lingkungan ideal weight. TAPI.. setelah melalui ujian yang lebih terperinci, kandungan LEMAK dalam badan saye mencecah (malu nak cakap) 40%!!! Ni dah masuk kategori giler obese! Kalau tak ambil langkah pencegahan, silap² jadi santan ataupun butter saye ni!! Grr...

Nak salahkan siapa? Memangla dah ngandung/beranak empat kali. Umur pun dah makin lanjut. Kalau dulu tergedik² join kumpulan menari dll, sekarang ni dah makin mandom. Dulu pi mana² jalan kaki atau public transport. Sekarang berhantar/berjemput. Adehh.. camne nak tambah sihat kan? MAKA, perlu la membuat behavioural change. Makan tetap makan.. tapi saiz hidangan nasi tu dikurangkan. Di samping itu juga, saye mulakan pengambilan makanan tambahan untuk meningkatkan kesihatan badan (alhamdulillah, diperkenalkan kepada Shaklee). Langkah seterusnya, cuba pula untuk jadikan senaman sebagai salah satu gaya hidup. Prof kata tak perlu pun peralatan canggih-manggih mcm kat gym tu. Kerusi kat pejabat pun dah cukup sebagai prop! So, ok.. saye sahut seruan Prof!

Sebenarnya, Shaklee juga menawarkan produk penjagaan berat badan iaitu Cinch. Didatangkan dalam 3 perisa iaitu vanila, coklat dan cafe latte, ia merupakan makanan kesihatan yang sedapnya seumpama dessert! Yang pentingnya, ia dijana oleh leucine yang memastikan pembakaran lemak sambil memelihara otot sedia ada! Iyela.. kalau otot pun terbakar sama, rugi woooo!

Di samping itu juga, terdapat Lecithin yang turut membantu dalam pemecahan lemak serta menurunkan paras kolestrol dalam badan. Hmm... saye suami-isteri pun baru je semalam cuba produk lecithin ni. Insyaallah, hujung minggu nanti timbang untuk lihat hasilnya. Wish us luck!

Tuesday, July 24, 2012

Anda dan nutrisi

TAHUKAH ANDA?…
Kekurangan nutrisi meningkatkan risiko
  • Penuaan pramatang
  • Kelesuan
  • Penyakit dan jangkitan
  • Keguguran rambut
  • Osteoporosis
  • Kulit bermasalah
  • Dan banyak lagi...
Ada dua 'mazhab' berhubung keperluan pengambilan suplemen ni:
1) TAK PERLU ambil suplemen kerana nutrien yang diperlukan boleh diperolehi daripada makanan sehari-hari. Komen saya? Mungkin betul… KALAU kita mengamalkan cara pemakanan yang sihat di samping sumber makanan yang terjamin kualiti dan kesuciannya. Prof. saya semasa kursus Retreat Kesihatan baru-baru ni pun menekankan aspek pemakanan ni. TAPI, dia hanya makan daging ayam dan lembu kampung original (bukan ternak komersil ye kawan²) serta sayur/ulam yang ditanam sendiri. Amacam? Sanggup ke?? Kalau dah namanya hidup di pekan/bandar, mana nak sempat buat tu semua kan? Barang dapur pun beli kat supermarket je. Suci ke bahan makanan kita tu? Pasti ke tak ada pengaruh bahan kimia/antibiotik padanya? Atas sebab itu, muncul la pula mazhab kedua iaitu
2) PERLU ambil suplemen untuk melengkapkan keperluan nutrien yang tidak dipenuhi melalui pemakanan harian. Jangan keliru! Suplemen adalah makanan tambahan; bukan ubat mahupun pengganti makanan sebenar. Ia sebagai pelengkap untuk mencukupkan keperluan nutrien tubuh, okey?
Secara ringkasnya, kenapa anda perlu mengambil suplemen?
·         Kita sentiasa terdedah kepada pencemaran alam sekitar
·         Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
·       Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera/nafsu
·         Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien
·         Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
·         Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar
·       Kehilangan nutrien dlm makanan
Dari itu, muncul Shaklee untuk memenuhi keperluan nutrisi anda! Shaklee dengan segala keistimewaannya merupakan warisan selama 50 tahun dan terbukti keberkesanannya secara klinikal. Rasakan sendiri perbezaannya. Hubungi saya untuk maklumat lanjut berhubung produk mahupun promosi istimewa.

Antara set² yang available

idanina idris
Shaklee independent distributor
idequenina@rocketmail.com
sms : 019-3649253

Monday, July 16, 2012

ESP - Day 1

Heheh... petang semalam dah dapat my canister of ESP. Esp ni antara produk paling ngetop la kat Shaklee tu. In fact, baru dapat tau yang stok ESP kat branch Wangsa Maju dah kehabisan. Perghh... nasib baik sempat rembat satu!

Makanya, hari ni merupakan hari pertama saye try ESP. Hmm... boleh tahan rasanya. Harum pun harum. Macamana nak sediakan? Well, memandangkan saye minum as sahur, saye cuma bancuhkan satu sudu ESP + Meal Shake + Performance dengan susu UHT. Walaupun tanpa gula tambahan, rasanya lemak berkrim.. Patutla ramai sgt yang rekomen sebelum ni. Kalau nak disamakan la.. kalau korang penah minum Vitamilk, lebih kurang gitu la rasanya; gabungan susu + soya. memang sedap. I LOIKE!

Memandangkan baru je 4 jam berlalu, belum la nampak kesannya lagi kannn... Takpe, kita monitor progress nye nanti, ok? TTFN

Sunday, July 15, 2012

Out of stock :(

uhuk uhuk... performance drink out of stock :(  member yang tolong pick up item kat HQ Shaklee kata, minggu depan mungkin stok baru sampai. Oh well, kena la sabar sikit. Nasib baik stok kat rumah masih ada. Cuma, mama kena la tunggu untuk dapatkan stok dia ;)

sementara itu, sedikit lagi info tentang Shaklee PD ni (credit Shaklee website):

Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Dehidrasi merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


Nah, tunggu apa lagi? Rasakan sendiri minuman hidrasi ini terutamanya sebagai persediaan Ramadhan. Email saya di idequenina@rocketmail.com atau sms 019-3649253 untuk maklumat lanjut. TTFN!

Friday, July 13, 2012

Order, order...

Hehehe... baru je order Performance Drink (ala² 100 plus perisa oren, minus the gas) dengan ESP. Insyaallah, Isnin nanti barang sampai. Wishlist yang lain-lain tu, terpaksa kiv dulu sebab bajet tak mengizinkan. (Note to Bhgn Kewangan, sila percepatkan proses tuntutan perjalanan saye ya, tq!)  :)

Saye memang suka la PD ni. Berdasarkan pengalaman lebih kurang sebulan consume PD, rasa kurang la dahaga bila berpuasa (OMG- pose tak habis ganti lagi!!). Serius, memang tak rasa dahaga! Ok... tipu la kalau kata tak terasa mcm nak minum langsung kan.. Hmm... camne nak cakap ekk? ... Camni.. badan tu terasa la mcm patut minum air (sbb dah terbiasa minum di siang hari kann) tp takde langsung rasa perit kat tekak akibat haus. Tu yg best tu!


Performance Drink Shaklee - dijamin halal

Dalam keadaan panas lak (ni cite masa tak pose ye), minum je PD ni rasa mcm terhidrat segala sel² dalam badan, bukan takat hilang dahaga kat tekak aje. Hehehe... macam susah nak percaya? Too good to be true? Well, ni bukan kempen.. sekadar nak cerita apa yg SAYE rasakan lah. Jujur ye.. tak tipu pun! Although, sbg manusia, mungkin la saye ni over dramatic kot? Either way that's my story and I'm sticking with it!

Sekarang, saye tengah cuba perkenalkan anak² pulak kpd PD. Iyela... puasa pun dah dekat. Kena la cuba bekalkan diorang dengan apa yang patut, kan? Mealshake memang dah ready standby kat rumah. In case la emergency, terbangun sipi² je sebelum imsak, boleh la bancuhkan je mealshake + ESP + PD (also known as Mighty 3 Gem Programme) sebagai sahur darurat! Hehehehe (nampak sgt mak ni mcm dah plan nak bangun lambat)  =P

Speaking of the kids, nak kena bersiap.. jap lagi nak kena kutip bebudak from taska. Lewat karang kena bayar OT pulak! hihihi... Kalau la nak tau lebih lanjut tentang PD ni ataupun mana² produk Shaklee yg lain, email me at idequenina@rocketmail.com ok? Tata for now!

Tuesday, July 10, 2012

Perancangan persediaan untuk puasa...

waduh.. lama tak post. bukan tak sudi... sibuk sebenarnya. last week attended kursus retreat kesihatan di Kuala Terengganu, Sabtu baru sampai rumah. Minggu ni, attend kursus UNWTO pulak dari Selasa sampai Khamis. Nasib baik buat kat Pullman Putrajaya, sebelah opis je. Encik Suami pulak outstation ke India menghadiri conference (orang gomen ni pi kursus je ke kejenye?)

Insyaallah, minggu depan start puasa ramadhan. Minggu ni baru nak order stok bekalan untuk kegunaan keluarga. Mama nak order Performance Drink. Saye nak order ESP, vitamin c, ostematrix dan nutriferon (KIV - tengok bajet). First time nak try these products sebenanye. Sebelum ni dah makan alfalfa, omega guard dan mealshake sahaja. So, once stok sampai, boleh la share pengalaman menggunakannya kat sini. Tapi, kalau u all berhajat nak cuba produk Shaklee, boleh la contact saye. Nanti kita boleh share pengalaman sama-sama... together-gether gitu! SMS saye at 0193649253 or email idequenina@rocketmail.com

Monday, July 2, 2012

Best ke Shaklee ni?

Hmm... famous ke Shaklee ni? Korang tau apa cerita di sebalik nama ni? Saye pun asalnya tak tau dan tak terlintas pun nak tau. Nasib la penah tengok Oprah dok promote barangan Shaklee ni 3-4 tahun sudah. Masa tu tak sangka pun jenama ni boleh didapati di tanahair sendiri. Tapi kalau berdasarkan penerangan Oprah aritu (ewwahh.. mcm kawan baik dengan Oprah je pulak), memang impressive yang amat la produk Shaklee ni. Cuma, masa tu jodoh dengan Shaklee belum sampai... baru tahun ni aje dipertemukan dan tangkap cintan dengan Shaklee!

Apa yang buat saye (dan berjuta² lemon lagi) jatuh sayang pada Shaklee? Kebanyakannya sebab dah rasakan sendiri keberhasilan/kenikmatan (*ehem*) setelah menggunakan produk Shaklee... Heii..  JANGAN PIKIR YG CENSORED AJE TAU! MINUM AIR DARI GET CLEAN WATER PITCHER PUN NIKMAT JUGAK!! :P

Dari segi konsepnya pulak, tiga perkara yang sentiasa dipertahankan oleh Shaklee ialah:

SENTIASA SELAMAT
  • saintis Shaklee menjalankan lebih daripada 350 ujian terhadap ramuan botanikal baru bagi logam berat, racun serangga dan lain-lain bahan pencemaran.
  • Lebih daripada 83,000 ujian kualiti dijalankan pada setiap tahun.
  • Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau bahan pengawet.
  • Tidak menjalankan ujian terhadap haiwan.
SENTIASA BERKESAN (ni la yang paling best!)
  • Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji.
  • Terdapat 100 penerbitan saintifik.
  • 54 pingat Olimpik dimenangi oleh para atlit yg diperkasa oleh Shaklee.
  • Penemuan kajian terbaru pada 2007 menunjukan pengamal suplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yg lebih baik berbanding mereka yg mengambil multivitamin jenama lain mahupun mereka yg tidak mengambil sebarang suplemen langsung.
SENTIASA MESRA ALAM (ku lihat hijau...)
  • Bungkusan yang bebas daripada bisfenol-A, phthalates dan dakwat toksik.
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula.
Cakap pasal mesra alam ni kan, even air bekas cucian guna Shaklee Basic-H pun bole digunakan untuk segarkan tanaman tau?! Itu baru bekas cucian.. kalau larutan fresh, ada laaagiiiiiiiiiii banyak gunanya :)

Memandangkan saye suka sangat barang² Shaklee dan berhasrat nak cepat² completekan inventori Shaklee di rumah (ni cakap pasal kegunaan sendiri okey.. takde niat nak bukak gudang), teruja pulak nak cerita pasal produk dambaan kalbu. Hmm... takpe.. simpan dulu. Nanti petang² sikit kita sambung, insyaallah...

Tapi, kalau ada sesiapa yang berminat nak tau lebih pasal produk Shaklee, drop me a line at idequenina@rocketmail.com okay? SMS pun boleh, 0193649253. Sampai ketemu lagi.. daaaaa....!

Sunday, July 1, 2012

Kenali Shaklee Alfalfa

dalam post saye sebelum ni, saye dah kongsikan kesan alfalfa shaklee yg dah saye rasakan sendiri. sebagai follow-up post, saya nak share pula serba sedikit latarbelakang serta sedikit fungsi dan kelebihan Shaklee Alfalfa (sumber : website Shaklee)

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba
   semulajadi.

Macam² Fungsi Alfalfa*:
1.   Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
      tubuh manusia.
2.   Melegakan sakit sendi dan belakang.
3.   Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4.   Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
5.   Memberi kelegaan semasa haid
6.   Merawat arthitis
7.   Bagus untuk elergi dan ekzema
8.   Merawat athma
9.   Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan
      buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita
13. Membesar dan menegangkan payudara
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
15. Memulihkan urat selepas bersalin
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit
19. Membuang angin dalam badan
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Haaa itulah dia... antara 1001 fungsi Alfalfa... dan yg paling best, Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. ia juga dijamin halal! Berminat? hubungi saya jika nak cuba... sms 0193649253 atau email idequenina@rocketmail.com

Saturday, June 30, 2012

18 SX.... ALFALFA SHAKLEE

okey.. first and foremost, sorry kalau entry kali ni agak x-rated sikit. saye nak cuba jadi sejujur mungkin dalam perkongsian kali ni. tak tumbuh, tak melata, kalau tak sungguh, saye tak kata!

actually, saye ni baru je diperkenalkan kepada produk shaklee. well, pernah la dengar psl produk pembersihan shaklee from rancangan oprah masa dalam pantang beberapa tahun sudah. tapi, belum pernah cuba sendiri mana-mana produk... until diperkenalkan semula pada hujung bulan mei 2012. at first guna mealshake je for my 3rd daughter, Ipah yg amat susah makan. (i'll story mory pasal mealshake dan kesannya terhadap ipah later)

bila nampak mealshake ni dh mula berhasil, terasa makin yakin untuk try test cuba produk yg lain pula. makanya saye pun order la pulak alfalfa, performance drink, omega guard dan get clean water pitcher. why this combination, you ask? hahaha.. no reason. saje2 je cuba. tak ada masalah spesifik yg cuba diatasi. memang SAJE2 je! (bila pikir2 balik, mebi sbb combination tu yg membolehkan dapat free membership) hahaha... bengong agaknya. tapi kan, jeng jeng jeng... surprise surprise! kesan yang cukup mengejutkan saye dan hubby malam minggu aritu sbb hubby siap komen, "rasa *etat mcm malam pertama lah!". mendengar komen hubby dengan nada yg ala2 mcm tak percaya a.k.a takjub tu (especially setelah 4 kali melalui vaginal delivery utk anak2 yg dikasihi), hati sape tak happy u????? dlm pada tengah.. err... melaksanakan tanggungjawab batin tu, hubby sempat pulak cakap, "nape tak ckp awal2 'ni' kesan alfalfa?... kalau tau, awal2 dulu lagi sayang sokong 100%!!"

okey.. sebelum korang musykil nape kitorang borak2 sambil buat adegan 'toot', ada baiknya korang concentrate je on the fact that ALFALFA MENGHASILKAN KEINTIMAN DALAM HUBUNGAN SUAMI ISTERI. bukan sesuatu yg saya rancangkan, tp kesan yang amat2 membahagiakan. sonot sangat sangat!


Inilah dia alfalfa complex by shaklee yang dipuji ramai... ada 2 packaging size ye kawan²..

btw, since saye dah dapat free membership aritu, saye pun dah pegang title indipendent distributor. makanya, kalo ada sesape nak test sendiri keberhasilan alfalfa shaklee ni, silalah contact saye, ye? kalo nak beli trial size pun boleh, bisa diatur! u can always contact me at idequenina@rocketmail.com. kalau nak info tentang promo terkini, sila lawati blog Madam Supplement, okey? cuba, jangan tak cuba!

Thursday, June 28, 2012

salam perkenalan...

assalamualaikum semua.. salam 1Malaysia! (hihihi.. blog baru, sape je 'semua' tu ekk?)

ni la saye baru mula berjinak² dalam dunia blog ni. dah lama kepingin tapi postponed. i didn't have much free time to think for myself, what else write?! masa zaman² remaja dulu memang rajin la menambahkan kekayaan toke kertas dan pen (mau taknya.. tulis surat sampai 18 mukasurat hokey!).. la ni, baby book pun dah sekian lama terbengkalai (that's a whole new entry by itself. i'm saving it for later).

anyway, zaman sekarang ni memang banyak betul dugaan dan cabaran untuk kaum wanita. mana yang single, hal ekonomi dan keselamatan jadi pertimbangan (selain tekanan dari keluarga soh cepat² berumah tangga). yang dah berkeluarga dan berkerjaya, cabaran untuk mengurus masa untuk diri dan keluarga. yang stay at home mommies pun belum tentu dapat goyang kaki. IT'S NOT EASY BEING A WOMAN! that's why i salute the ladies who have made it work! tahniah kepada anda yang berjaya mendapatkan keseimbangan fizikal dan emosi; dunia dan akhirat. andalah SRIKANDI BARU masa kini! feel the love ladies!