Pages

Tuesday, July 31, 2012

Kurus tapi obese??

Haa... jangan terkejut dengan tajuk entry saye kali ini. Jangan terpedaya dengan susuk tubuh yang nampak langsing! Macam saye ni, tinggi okla kot dalam 161 cm. Berat pulak 58 kg. Kalau ikut BMI dalam 22++... masih dalam lingkungan ideal weight. TAPI.. setelah melalui ujian yang lebih terperinci, kandungan LEMAK dalam badan saye mencecah (malu nak cakap) 40%!!! Ni dah masuk kategori giler obese! Kalau tak ambil langkah pencegahan, silap² jadi santan ataupun butter saye ni!! Grr...

Nak salahkan siapa? Memangla dah ngandung/beranak empat kali. Umur pun dah makin lanjut. Kalau dulu tergedik² join kumpulan menari dll, sekarang ni dah makin mandom. Dulu pi mana² jalan kaki atau public transport. Sekarang berhantar/berjemput. Adehh.. camne nak tambah sihat kan? MAKA, perlu la membuat behavioural change. Makan tetap makan.. tapi saiz hidangan nasi tu dikurangkan. Di samping itu juga, saye mulakan pengambilan makanan tambahan untuk meningkatkan kesihatan badan (alhamdulillah, diperkenalkan kepada Shaklee). Langkah seterusnya, cuba pula untuk jadikan senaman sebagai salah satu gaya hidup. Prof kata tak perlu pun peralatan canggih-manggih mcm kat gym tu. Kerusi kat pejabat pun dah cukup sebagai prop! So, ok.. saye sahut seruan Prof!

Sebenarnya, Shaklee juga menawarkan produk penjagaan berat badan iaitu Cinch. Didatangkan dalam 3 perisa iaitu vanila, coklat dan cafe latte, ia merupakan makanan kesihatan yang sedapnya seumpama dessert! Yang pentingnya, ia dijana oleh leucine yang memastikan pembakaran lemak sambil memelihara otot sedia ada! Iyela.. kalau otot pun terbakar sama, rugi woooo!

Di samping itu juga, terdapat Lecithin yang turut membantu dalam pemecahan lemak serta menurunkan paras kolestrol dalam badan. Hmm... saye suami-isteri pun baru je semalam cuba produk lecithin ni. Insyaallah, hujung minggu nanti timbang untuk lihat hasilnya. Wish us luck!

No comments:

Post a Comment